photo f6d7aa74-a1a6-49b8-8d7f-bdab144417b6_zps0e11339d.jpg
Time changes everything, even you and I have changed

*NuR HaNa
910823
UNITEN student (BBA HR)
 photo cea30b0d-2619-4d62-a7e5-0d52b6a4eeea_zpsa23ef548.jpg
family
 photo 1d6ebc21-34b9-4bc7-8857-272b45752626_zps1cf079da.jpg
dearest roommies
 photo 1395570846670_zps15311158.jpg
friends

I really wonder how you feel on these nights so alone

Faahanie Eton

Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“life will be better in spring”
October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 January 2013 February 2013 July 2013 September 2013 October 2013 November 2013 December 2013 January 2014 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014

Sayangi Komputer Riba aka Laptop Kamu~!
Wednesday, December 21, 2011 || 12:59 AM



sebenarnya aq nie bkn la pkar dlm bidang2 computer nie..aq yg tgh dok mmbaca majalah remaja nie trbaca la stu artikel nie..mcm mnarik.so, ase nk share plak kt blog nie.sbnarnye tuk peringatan diri sndiri jgk ;p

1. Penjagaan bateri yang baik
Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memastikan jangka hayat dan pretasi komputer riba kamu. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan scara maksimum sebelum dicas semula. Kamu perlu menyambungkan soket kuasa apabila terdapat amaran low battery sahaja.

2. Defragementation Secara Berkala
Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ia tersusun rapi dan berada dalam keadaan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan. Oleh itu lakukan disk defragmenter seminggu atau dua minggu sekali. Untuk melakukannya, klick start menu, all program, accessories, system tools, disk defragrementer dan gunakan paparan yang disediakan.

3. Fungsi hibernate untuk memadamkan komputer.
Ramai yang menggunakan shut down untuk memadamkan komputer. Selain menggunakan shut down, komputer kamu boleh dipadamkan dengan meggunakan hibernate. Shut down berfungsi untuk menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan kuasanya. Proses mengaktifkan kembali komputer mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih kuasa bateri. Hibernate pula berfungsi dalam menyimpan maklumat tentang kedudukan terakhir aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah sejurus sebelum ia dipadamkan. Apabila komputer dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan kesemua aplikasi yang diperlukan dari awal. sebaliknya sistem ini akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.

4. Surge Protector.
Berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasan komputer riba kamu daripada rosak. Ia juga mampu menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (power supply).

5. Port
Bagi menjaga kebersihan port daripada dimasuki habuk, kamu boleh menggunakan berus atau berus gigi lama  ketika membersihkannya. Semasa aktiviti pembersihan, pastikan suis dimatikan bagi mengelakkan sebarang kecelakaan yang tidak diingini.

p/s : bahasa agk skema.?memey arh.nama pun bhasa dri majalah ;D