“life will be better in spring”
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
January 2013
February 2013
July 2013
September 2013
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
Sayangi Komputer Riba aka Laptop Kamu~!
Wednesday, December 21, 2011 || 12:59 AM

sebenarnya aq nie bkn la pkar dlm bidang2 computer nie..aq yg tgh dok mmbaca majalah remaja nie trbaca la stu artikel nie..mcm mnarik.so, ase nk share plak kt blog nie.sbnarnye tuk peringatan diri sndiri jgk ;p
1. Penjagaan bateri yang baikBateri perlu dijaga dengan baik untuk memastikan jangka hayat dan pretasi komputer riba kamu. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan scara maksimum sebelum dicas semula. Kamu perlu menyambungkan soket kuasa apabila terdapat amaran low battery sahaja.
2. Defragementation Secara BerkalaFungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ia tersusun rapi dan berada dalam keadaan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan. Oleh itu lakukan disk defragmenter seminggu atau dua minggu sekali. Untuk melakukannya, klick start menu, all program, accessories, system tools, disk defragrementer dan gunakan paparan yang disediakan.
3. Fungsi hibernate untuk memadamkan komputer.Ramai yang menggunakan shut down untuk memadamkan komputer. Selain menggunakan shut down, komputer kamu boleh dipadamkan dengan meggunakan hibernate. Shut down berfungsi untuk menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan kuasanya. Proses mengaktifkan kembali komputer mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih kuasa bateri. Hibernate pula berfungsi dalam menyimpan maklumat tentang kedudukan terakhir aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah sejurus sebelum ia dipadamkan. Apabila komputer dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan kesemua aplikasi yang diperlukan dari awal. sebaliknya sistem ini akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.
4. Surge Protector.Berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasan komputer riba kamu daripada rosak. Ia juga mampu menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (power supply).
5. PortBagi menjaga kebersihan port daripada dimasuki habuk, kamu boleh menggunakan berus atau berus gigi lama ketika membersihkannya. Semasa aktiviti pembersihan, pastikan suis dimatikan bagi mengelakkan sebarang kecelakaan yang tidak diingini.
p/s : bahasa agk skema.?memey arh.nama pun bhasa dri majalah ;D