“life will be better in spring”
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
January 2013
February 2013
July 2013
September 2013
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
Kemurungan.
Wednesday, June 27, 2012 || 6:36 AM
"Kemurungan adalah satu gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan insentif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun tahun."
Simton Kemurungan
* Kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan
* Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti2 lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
* Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
* Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
* Perasaan bersalah dan tidak berguna
* Gangguan tidur,bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
*Hilang selera makan dan penurunan berat badan
* Rasa lebih baik mati,kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
*Rasa tidak tenteram dan mudah marah
*Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
*Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala,sakit2 badan dan masalah penghadaman
"Penyakit kemurungan boleh dirawat, 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan insentif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif".
Bantulah diri dengan :
*Bertimbang rasa dengan diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tak mampu
*Libatkan diri di dalam aktiviti2 yang membuatkan anda selesa
*Elakkan dari membuat keputusan yang besar semasa anda dalam kemurungan
*Kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan
*Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.
p/s ada sbahgian simpotm 2,mmg ada dlm diri aq.sekian ('; hanya jiji yg tau sy de pnyakit nie..